Sunday 4 September 2011

mana syurga kita??

dimane ye..... ?ustazah pernah cakap syurga seorang lelaki ialah di tapak kaki ibu, dan syurga seorang wanita yang dah berkahwin ialah die tapak kaki suami....

walaupun hari ini bukan hari ibu, tapi aku nak share ttg pengorbanan ibu semasa kita di dalam perut hinggalah sebesar alam,

  1. setelah disahkan mngandung, ibu akan mngalami morning sickness pada first trimester dimana tiap2 pagi, ibu akan muntah dan kadang2 pitam..... 
  2. ibu akan mengalami pelbagai perubahan dari segi fizikal di mana pigmentation berlaku..itu semua ibu sanggup lalui untuk melahirkan kita di dunia.
  3. ibu akan rasa x tenang menanti hari2 kelahiran anak.....resah sma ada anak selamat ke x...sempurna ke x....laki ke pmpuan...semua nya bermain2 difikiran ibu.....
  4. di hari kelahiran, nyawa ibu boleh diibaratkan seperti berada di hujung tanduk, demi untuk melahirkan seorang anak.
  5. pengorbanan ibu tidak habis setakat itu, selepas baby lahir, ibu kehilangan banyak darah....tkanan darah ibu tinggi, ibu pengsan setiap kali bangun dari pembaringan....
  6. alhamdulillah, ibu selamat dan baby sihat, 
  7. ibu hanya tidur2 ayam  setiap malam, untuk memastikan baby kenyang semasa tidur dan tak meragam....
  8. ibu balik kerja, ibu kmas rumah, ibu masak, ibu beri anak makan, ibu lipat baju, kemudian ibu baru tidur......
terlalu banyak pengorbanan ibu terhadap seorang anak nya....... 

walaupun ibu ada mengecilkan hati kita, tapi ingatlah, sampai bila kita nak berkecil hati dengan dia.....
seorang anak berkecil hati dengan insan yg bernama ibu...? ibu yang mngandung,melahirkan dan menjaga kita dari kecil hingga besar......??? 

seburuk mana pun perangai atau perbuatan ibu, selagi dia bergelar ibu....kita sebagai anak kena hormat dia dalam keadaan yang sepatutnya.....seorang anak yang berkecil hati dan sanggup tidak bertegur sapa dengan ibu sendiri...aku anggap org itu seperti derhaka......

selagi ibu ada...bahagiakan dia....supaya kita tidak merana.....  kehidupan kita adalah di atas keredhaanNya....