Tuesday 28 September 2010

penangan apit baronbros

giler punya penangan apit lah,

tiap2 hari aku pasang lagu apit yang agak jiowang untuk menenagkan hati.

best giler2 lagu apit,

sampai kawan-kawan sekelas aku pun giler dengan apit,

anyway apit ni penyanyi rakaman dari singapore,

name kumpulan dia baronbros.

die pulak vokalis dalam group tu.

suke sangat2.....

Thursday 16 September 2010

BARISAN PELAKON FILEM OMBAK RINDU

ingat kan LISA SURIHANI bawak watak IZZAH, tapi MILA la pulak, but it ok, mungkin kelembutan untuk wata IZZAH tu ada pada MAYA KARIN,

hopefully filem yang diadaptasi dari sebuah novel OMBAK RINDU ini dapat sambutan macam jualan novelnya juga. ini lah novel yang paling aku sayang dan aku suka skali, baca banyak kali pun tak kan jemu dibuatnya,

p/s dah lame cari novel LAGENDA BUDAK SETAN, tapi sampai sekarang x dapat lagi.

Monday 13 September 2010

i'll be waiting for you


lagu korea kesukaan aku,

Friday 10 September 2010

pagi raya


"kakak bangun mandi sunat aidilfitri!!"

korang nak tau tak tu suare sape? itu adalah suara ibu aku, aku tidur lambat malam tadi, pukul 3 baru tidur sebab buat assignment, jadi mata ni macam ada gam aje tak bagi aku buka, disebabkan aku tak tahan dengar ibu buat okestra free dekat dalam rumah, aku pun bangun la jugak.

selesai mandi, aku turun ke bawah untuk meninjau apa yang ibu sedang lakukan, panaskan rendang rupanya, opss....lupa pula nak bagi tahu, tahun ni ibu masak rendang daging, kuah lodeh, kuah kacang dan sambal tumis, sebenarnya kuah lodeh tu aku yang suggest, memandangkan ibu aku dah menjangkau umo 54 tahun, tak kan la aku nak suggest masak yang payah-payah pula.

selesai bersarapan kami semua bersiap memakai baju raya untuk ditangkap gambar sekeluarga.


selamat hari raya aidilfitri dari hussin and aishah sekeluarga


Thursday 9 September 2010

raya dulu dan sekarang

aku rasa macam hilang mood nak sambut raya tahun ni, nak tau tak sebab ape, sebenarnya aku sendiri pun tak tahu kenapa, mungkin disebabkan tahun ni aku beraya di puncak alam dan bukan di melaka seperti sebelum ini,

kalau dulu malam raya kami berkumpul di rumah nenek, main mercun sama-sama dengan sepupu2
tapi sekarang malam raya kat umah ibu di melaka ,semua sepupu dah besar, dah ada kejaya sendiri, dah tak main mercun, tgk anak2 sedare main je la kot.

kalau dulu dapat banyak duit raye dari pakcik-pakcik, cecah ratusan jugak lah.
tapi sekarang, dah tak dapat lagi duit raya, dah beso la kate kan.

kalau dulu malam raya kami dan semua sepupu tak tidur awal, dah nak cecah subuh baru lah sebuk2 nak lelapkan mata, paginya terpaksa la menadah telinga dgr ibu membebel....
tapi sekarang, malu pulak nak overnight lebih2, tak sambut raya sengan sedara2, sebab masing2 makin matang dan bukan budak2 lagi,so, secara tak langsung, perangai yang dulu2 pun berubah lah jugak

serba sedikit tentang perbezaan raya dulu dan sekarang, aku pulak tak kisah lah memane pun asalkan ada ibu, ayah dan adik-bradik yang lain ibu dah cukup memadai bagi menyambut aidilfitri.



Tuesday 7 September 2010

propaganda

aku suka online facebook, tengok gelagak manusia post status, macam-macam lagak yang aku jumpa, belagak, kecik ati,luah perasaan, n macam-macam lagi lah, kadang2 samapi tergelak2 aku baca komen-komen yang ada.

ade beberapa manusia ni sampai lupa daratan bila ada facebook, aku pelik kadang2, adalah sorang makhluk ALLAH ni aku yakin die paggil mak dia dengan panggilan "mak" tapi bila post status malu kot nak taruk mak, kononnya mak tu nama paggilan kampung, jadi dia tukar la nama tu ke "mama" hahaha... sampai macam tu sekali dia nak menunjukkan hipokrit dia kat facebook. mana lah kejujuran mereka dalam berkata2? kelakar betul....


Thursday 2 September 2010

sory awak


awak, lepas ape yang berlaku, mungkin saya terpaksa jauhkan diri sikit dari awak, bukan saya sengaja untuk lakukan sedemikian tapi kadang2 sikap awak diluar jangkaan, jadi jalan yang terbaik ialah menjauhkan diri dari kamu,saya bukan amik hati ngan awak atau terasa ngan awak, saya harap awak tak salah anggap dengan apa yang saya lakukan.semua ini berlaku bukan lah atas kerelaan saya, saya terpaksa sebab tak mahu salah seorang dari kita terseksa, only fren is the best choice for us rite now, no coupling2 anymore for this time,kawan pn kire ok kot,sory sangat2 ye awak,

akhir skali saya harap awak heppy ngan sape je pilihan kamu.....

assalammualaikum.