Saturday 14 August 2010

thankz awak

awak,
walaupun saya baru je kenal awak, tapi sikap riang awak membuatkan saya macam dah lama kenal dengan awak, awak banyak bagi sokongan pada saya, saya amat-amat selesa bila berkawan dengan awak, walaupun saya tahu banyak kedukaan yang awak tanggung, tapi itu semua bukan satu alasan untuk menghalang awak untuk bersenyum, setiap manusia akan mendapat ujian daripadaNYA, cuma kita tidak tahu bila, dimana, ujian itu berlaku, awak sabar aje la ye...

awak,
awak suka sangat buat lawak pagi2 subuh kan, saya ingat lagi pada ari ke dua berpuasa, awak kejut sahur, tapi awak dok cakap "bangun2 dah maghrib ni !!" awak nak tau tak, saya punyalah gelabah, bangun-bangun saja saya tengok jam pukul 5 pagi, awak tipu kan!!! rase macam nak cekik je awak. heheheh.....

ok lah awak, saya nak sambung tidur ni, nanti saya story2 dengan awak ok.
bye uchuk!

Tuesday 10 August 2010

sekolahku

entah kenapa aku tiba2 nak cerita pulak kenangan aku masa di sekolah teknik. kelakar,sedih,cuak,menyampah dan sebagainya pernah bersatu dalam hati semasa jejakkan kaki di sekolah yang berasrama. banyak kenangan yang terpahat semasa duduk di asrama harian.

mula2 menjejakkan kaki di asrama, gembira tetap ada, tapi selebihnya hati ni masih di rumah, rindu ibu,ibu and ibu. adat bagi sesebuah asrama, senior buli junior, aku juga pernah lalui zaman dibuli, tapi tak lah seteruk macam sekarang ni, takat tolong senior tapau makanan dari DM tu ade lah. activiti junior memang padat dari pagi sampailah ke malam. tak sama dengan senior, balik sekolah je trus boleh landing atas katil, kami yang junior ni kena menapak pergi ke kelas untuk prep petang, lepas tu riadah, then mandi dan terus pergi ke surau untuk jemaah maghrib, selepas itu prep lagi sampai pukul 10.

aku masih ingat lagi pada minggu2 akhir aku di teknik dengan memegang gelaran junior, semasa itu kami sedang prep di kelas, then terdengar pula suara warden "cikgu Jijah" menjerit macam ni

" ASPURI TINGKATAN 4 PERGI KE DEPAN PEJABAT WARDEN SEKARANG JUGAK!!!"

setiap kali aku dengar suara dia, jantung aku dadi palpitation, menggerunka sungguh suara itu, cuak giler dengar suara dia, kami semua berlari pergi masuk ke dalam kawasan asrama dan berkumpul di depan pejabat warden, selepas itu cikgu Jijah datang dengan membawa rotan di tangan, aku terus memegang tapak tangan aku sendiri seolah2 tapak tangan aku menanti libasan rotan dari cikgu Jijah. cikgu Jijah telah memulakan ceramahnya tentang dorm kami yang kotor, mana tidaknya, esok dah boleh balik kampung, jadi kami siap2 lah packing barang, sampah pula kami tidak buang, tingkap tak lap.

akhirnya kami disuruh bergotong royong pada malam itu juga untuk membersihkan dorm, tugas aku mengelap tingkap, punyalah kilat aku sental cermin tingkap tu, sampai 1 habuk pun tak berani muncul. selepas selesai membersihkan dorm, kami berkumpul di bawah asrama untuk memberi laluan kepada cikgu Jijah memeriksa setiap dorm. perkara pertama yang diperiksa ialah tingkap, dorm 2,4, dan 6 ialah antara dorm yang kotor tingkapnya, jadi cikgu Jijah telah pun menonyoh muke ahli dorm tersebut dengan tangannya yang dipenuhi dengan habuk tingkap. aku?? aku tak kena sebab aku dorm 7..... kasihan sungguh nasib mereka. akhirnya pada malam itu juga cikgu Jijah telah menahan kami semua di court badminton, kami beramai2 berbaring di court badminton sehingga jam 3 pagi. sadis sungguh nasib kami. tidak mengapa asalkan jangan disuruh berembun di court badminton asrama aspura sudahlah, buat malu kami je!

DREAM





sejak aku tgk cerita boys over flower, aku jadi giler dengan cerita korea, lebih2 lagi apabila ade cerita lakonan dari kim bum dan kim hyun joong, aku minat giler2 dengan 2 actor ni, punyer suke kat dua actor ni sampai aku tarok gambar dorang berdua kat wallpaper pc aku n cellphone aku. korang kenal ke sape kim bum dan kim hyun joong tu? x kenal kan, cam ne la korang nak kenal kalau korang tak minat drama korea, jak ek aku upload pic depa berdua.

omg!! so cute muke kim bum ni kan.
yang ni pulak kim hyun joong. macho abis!!


tak sabar nak beli vcd drama "dream" kim bum ade blakon dalam drama tu......