Tuesday 10 August 2010

sekolahku

entah kenapa aku tiba2 nak cerita pulak kenangan aku masa di sekolah teknik. kelakar,sedih,cuak,menyampah dan sebagainya pernah bersatu dalam hati semasa jejakkan kaki di sekolah yang berasrama. banyak kenangan yang terpahat semasa duduk di asrama harian.

mula2 menjejakkan kaki di asrama, gembira tetap ada, tapi selebihnya hati ni masih di rumah, rindu ibu,ibu and ibu. adat bagi sesebuah asrama, senior buli junior, aku juga pernah lalui zaman dibuli, tapi tak lah seteruk macam sekarang ni, takat tolong senior tapau makanan dari DM tu ade lah. activiti junior memang padat dari pagi sampailah ke malam. tak sama dengan senior, balik sekolah je trus boleh landing atas katil, kami yang junior ni kena menapak pergi ke kelas untuk prep petang, lepas tu riadah, then mandi dan terus pergi ke surau untuk jemaah maghrib, selepas itu prep lagi sampai pukul 10.

aku masih ingat lagi pada minggu2 akhir aku di teknik dengan memegang gelaran junior, semasa itu kami sedang prep di kelas, then terdengar pula suara warden "cikgu Jijah" menjerit macam ni

" ASPURI TINGKATAN 4 PERGI KE DEPAN PEJABAT WARDEN SEKARANG JUGAK!!!"

setiap kali aku dengar suara dia, jantung aku dadi palpitation, menggerunka sungguh suara itu, cuak giler dengar suara dia, kami semua berlari pergi masuk ke dalam kawasan asrama dan berkumpul di depan pejabat warden, selepas itu cikgu Jijah datang dengan membawa rotan di tangan, aku terus memegang tapak tangan aku sendiri seolah2 tapak tangan aku menanti libasan rotan dari cikgu Jijah. cikgu Jijah telah memulakan ceramahnya tentang dorm kami yang kotor, mana tidaknya, esok dah boleh balik kampung, jadi kami siap2 lah packing barang, sampah pula kami tidak buang, tingkap tak lap.

akhirnya kami disuruh bergotong royong pada malam itu juga untuk membersihkan dorm, tugas aku mengelap tingkap, punyalah kilat aku sental cermin tingkap tu, sampai 1 habuk pun tak berani muncul. selepas selesai membersihkan dorm, kami berkumpul di bawah asrama untuk memberi laluan kepada cikgu Jijah memeriksa setiap dorm. perkara pertama yang diperiksa ialah tingkap, dorm 2,4, dan 6 ialah antara dorm yang kotor tingkapnya, jadi cikgu Jijah telah pun menonyoh muke ahli dorm tersebut dengan tangannya yang dipenuhi dengan habuk tingkap. aku?? aku tak kena sebab aku dorm 7..... kasihan sungguh nasib mereka. akhirnya pada malam itu juga cikgu Jijah telah menahan kami semua di court badminton, kami beramai2 berbaring di court badminton sehingga jam 3 pagi. sadis sungguh nasib kami. tidak mengapa asalkan jangan disuruh berembun di court badminton asrama aspura sudahlah, buat malu kami je!

No comments: